We Care Animal Rescue

We Care Animal Rescue menggunakan AdWords Express untuk menarik perhatian penderma, sukarelawan dan pembela haiwan kesayangan dalam talian.

Matlamat Pemasaran

  • Tingkatkan pengambilan haiwan kesayangan
  • Ambil sukarelawan
  • Jana derma dalam talian

Metrik Kejayaan

350%

peningkatan aktiviti dalam talian

125%

peningkatan permohonan dalam talian

3.51%

CTR purata

Sepintas Lalu

We Care Animal Rescue

Lokasi: AS www.wecareanimalrescue.org

Misi

We Care Animal Rescue ditubuhkan pada tahun 1982 di Lembah Napa dan dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan persendirian dan usaha pengumpulan dana. Organisasi ini memupuk dan menggalakkan kebajikan haiwan dengan menjaga kucing dan anjing jalanan, mencari tempat tinggal untuk haiwan ini dan mendidik orang ramai tentang kebajikan haiwan. Presiden Lembaga, Susan Wren, berkata "Tanpa sokongan kewangan penderma kami, We Care Animal Rescue tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan ini. Bagi pelbagai jenis haiwan, We Care Animal Rescue merupakan tempat yang memberi haiwan ini peluang kedua untuk hidup."

Matlamat Pemasaran

We Care Animal Rescue melancarkan tapak web baharu pada penghujung tahun 2015. Organisasi ini mahu mempromosikan fungsian tapak web yang baharu dan memudahkan interaksi dengan komuniti di kawasan perkhidmatan mereka di Lembah Napa. Untuk melaksanakan misi dan mencapai matlamat mereka, kempen AdWords Express digunakan untuk mempromosikan tapak web baharu mereka, menarik perhatian sukarelawan dan mendorong sumbangan dalam talian.

Proses

Pembangun Web organisasi ini menggunakan alatan penciptaan iklan AdWords Express untuk menghasilkan iklan dalam talian mereka dengan mudah dan cepat serta menyasarkan iklan tersebut mengikut lokasi geografi. We Care Animal Rescue mengoptimumkan frasa carian mereka yang disediakan oleh AdWords Express untuk mendorong lebih banyak trafik iklan dan turut menggunakan papan pemuka akaun yang mudah untuk mengetahui iklan yang mendapat sambutan khalayak sasaran mereka. Mereka menggunakan maklumat penting ini untuk mengubah suai iklan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Apl AdWords Express membolehkan organisasi memantau kejayaan iklan mereka dengan cepat di mana-mana sahaja. Di samping itu, We Care Animal Rescue menggunakan Google Analitis untuk memantau bilangan pelawat yang mengunjungi tapak web mereka dan iklan AdWords Express yang berkesan untuk menarik lebih ramai penderma, sukarelawan dan pembela haiwan kesayangan.

Kesan Google Ad Grants

Sejak menyertai program Google Ad Grants, We Care Animal Rescue telah menyaksikan peningkatan purata bulanan dalam penyerahan permohonan pengambilan haiwan secara dalam talian sebanyak 125% berbanding tahun sebelumnya. Susan Wren berkata, "Penyediaan kempen Adwords Express kami adalah mudah dan iklan pertama kami hanya mengambil masa beberapa minit untuk dihasilkan. Adwords Express memang mudah untuk digunakan. Dalam hari yang sama iklan baharu itu dihasilkan, kami telah nampak hasilnya." Kempen AdWords Express mereka berjaya mendorong sumbangan dalam talian, menarik perhatian sukarelawan baharu, meningkatkan pengambilan haiwan kesayangan dan meluaskan keterlihatan organisasi ini dalam komuniti.

"Sejak menyertai program Ad Grants, kami menyaksikan minat terhadap perkhidmatan dalam talian kami meningkat sebanyak 350% dan secara purata, kira-kira 2,000 pelawat unik sebulan ke tapak web kami."
Susan Wren, Presiden Lembaga