To Write Love On Her Arms

Google Ad Grants menjana hasil dalam talian sebanyak $174,000 untuk To Write Love On Her Arms dalam tempoh setahun.

Matlamat Pemasaran

  • Mengumpulkan dana
  • Memacu jualan e-dagang
  • Meningkatkan kesedaran

Metrik Kejayaan

$174,000

hasil dalam talian dalam tempoh setahun

1,000

transaksi pembelian dalam talian dalam tempoh 90 hari

$50,000

jualan dalam talian dalam tempoh 90 hari

Sepintas Lalu

To Write Love On Her Arms

Lokasi: AS www.twloha.comwww.communityboost.org

Misi

To Write Love On Her Arms merupakan organisasi bukan untung yang memberikan harapan dan mencari bantuan untuk mereka yang bergelut dengan kemurungan, ketagihan, kecederaan diri dan fikiran untuk membunuh diri. TWLOHA ditubuhkan untuk memberikan galakan, maklumat, inspirasi dan dana yang disalurkan terus untuk rawatan dan pemulihan.

Matlamat Pemasaran

Organisasi ini memanfaatkan Google Ads untuk memacu penyokong baharu dan kali pertama - baik penderma mahupun pelanggan e-dagang. Google Ad Grants merupakan saluran pemasaran popular yang terbukti berkesan untuk membawa pelawat yang selari dengan misi ke tapak web organisasi ini.

Pendekatan

TWLOHA dinasihatkan oleh Community Boost Consulting, sebuah agensi pemasaran digital, untuk melaksanakan penjejakan nilai penukaran bagi derma dan juga jualan e-dagang. Penjejakan tersebut membolehkan organisasi ini menjejaki seluruh corong pemasaran dan kesan sosial yang dipacu oleh Google Ads. Untuk bahagian atas corong, TWLOHA menjejaki paparan halaman sumbangan dan e-dagang. Untuk bahagian tengah corong, organisasi ini menjejaki ikut serta e-mel dan matlamat berasaskan peristiwa seperti apabila pengguna mengklik butang untuk memulakan pendaftaran sukarelawan. Untuk bahagian bawah corong pula, pengesahan derma, pembelian e-dagang dan pendaftaran sukarela dijejaki. Cameron Ripley, CEO Community Boost Consulting, menjelaskan, “Penjejakan penukaran dan Analitis sangat penting. TWLOHA dapat meningkatkan prestasi, menentukan sasaran yang lebih tepat dan memperuntukkan sumber pemasaran dengan lebih baik kerana mereka lebih memahami data Ad Grants dan Analitis Google mereka. Penjejakan mudah untuk disediakan dan ini merupakan sesuatu yang harus dimanfaatkan oleh semua organisasi bukan untung.”

Data penukaran dan Analitis memainkan peranan yang penting dalam strategi pengoptimuman iklan. Data ini memberikan cerapan tentang demografi, minat dan tingkah laku penyokong organisasi. Maklumat ini membantu Community Boost Consulting memperkemas teks iklan dan penyasaran supaya organisasi dapat menjangkau lebih ramai jenis pengguna ini dalam talian. Cameron Ripley berkata, “Kami melihat laporan Corong Berbilang Saluran dan Visual Corong dalam Analitis Google. Kami dapati selalunya pengguna akan berinteraksi dengan iklan Google Ad Grants dahulu sebelum melawati tapak web organisasi bukan untung. Selepas mengetahui misi organisasi bukan untung, kami dapat melihat bahawa pengguna selalunya akan menandai tapak web dan kembali beberapa hari kemudian untuk memberikan sumbangan, menjadi sukarelawan atau mengambil tindakan yang bermakna.”

Kesan Google Ad Grants

Dalam tempoh setahun, Google Ad Grants menjana hasil dalam talian sebanyak lebih daripada $174,000 untuk TWLOHA. Dalam tempoh 3 bulan sahaja, Google Ads memacu 1,000 transaksi pembelian yang menjana jualan barang e-dagang lebih daripada $50,000. Hasil ini digunakan terus untuk membiayai misi organisasi. Akhir sekali, Community Boost Consulting melaksanakan strategi pengoptimuman untuk mengkaji peningkatan trafik Carian semasa Bulan Kesedaran Bunuh Diri, yang telah menghasilkan pembelian di kedai dalam talian yang bernilai lebih daripada $10,500 dan derma yang bernilai kira-kira $1,000 melalui penukaran langsung dan berbantu. Tindakan memacu trafik tambahan ke tapak web sepanjang bulan yang penting ini telah mengukuhkan kesedaran jenama dan menjadikan TWLOHA sebahagian daripada perbualan sosial yang aktif. Ini meletakkan mereka di kedudukan yang terbaik untuk menempa kejayaan jangka panjang yang kukuh.

“Dengan menggunakan Google Ad Grants, kami dapat meningkatkan hasil dalam talian sebanyak lebih daripada $174,000 dalam tempoh setahun. Perkara ini memberikan kesan yang besar kepada usaha kami untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan, ketagihan, kecederaan diri dan kecenderungan untuk membunuh diri.”
Lindsay Kolsch, Pengarah Eksekutif Bersama, Write Love On Her Arms