10
universiti baharu dicapai
35K
klik tapak web
1.2K
pendaftaran pelajar baharu
Travel to Impact beroperasi di bawah AIESEC, sebuah organisasi diterajui belia yang terbesar di dunia dan berusaha untuk membangunkan pemimpin usahawan yang bertanggungjawab. Travel to Impact menghubungkan pelajar di universiti Afrika Selatan dengan organisasi bukan untung untuk menyertai latihan amali selama 6-8 minggu dan menghantar pelajar ke luar negara untuk memupuk bakat kepimpinan belia dan pemahaman budaya. Setiap tahun, 200 orang pelajar pergi ke Brazil, Mauritius, India dan Turki, serta terus membuat perubahan dalam masyarakat di negara tuan rumah mereka.
Sebelum menyertai program Ad Grants, Travel to Impact bergantung pada saluran pemasaran tradisional yang memerlukan kehadiran fizikal mereka di kampus. Para pelajar memasang poster dan berkongsi syif di reruai kampus Travel to Impact untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan rakan pelajar mereka supaya melibatkan diri dalam kerja sukarela di seluruh dunia. Walaupun usaha mereka berjaya, organisasi ini terhad kepada universiti tertentu sahaja.
Travel to Impact menemui peluang dalam ruang dalam talian dan membangunkan strategi dalam talian yang memberikan tumpuan pada program Google Ad Grants. Melalui Ad Grants, mereka boleh mempromosikan tapak web mereka, meningkatkan pendaftaran dalam talian di universiti baharu dan mengukur keberkesanan iklan mereka.
Google Ad Grants membolehkan Travel to Impact mengembangkan capaian pemasaran mereka di 10 buah universiti lagi di Afrika Selatan. Strategi pemasaran dalam talian mereka yang baharu menghasilkan 35,000 klik ke tapak web mereka dalam tempoh 8 bulan, kadar penukaran 4.6% dan 1,200 pendaftaran pelajar baharu. Mereka telah mewujudkan kehadiran dalam talian yang kukuh dan berusaha untuk membantu organisasi lain di AIESEC memanfaatkan Internet dan mendaftar untuk Google Ad Grants.
“Google Ad Grants membantu kami mencapai pelajar di universiti yang tidak dapat kami capai sebelum ini.”Michael Hubbard, NP Pemasaran & Kewangan, Travel to Impact