7x
derma
+116%
penukaran
SPCA of Texas merupakan agensi kebajikan haiwan yang terkemuka di Texas Utara. Agensi ini berfungsi sebagai pusat sumber yang menyediakan pelbagai program dan perkhidmatan yang mengumpulkan orang ramai dan haiwan bersama-sama untuk memperkaya kehidupan masing-masing.
Pada tahun 2017, pemindahan mangsa Taufan Harvey mengakibatkan meningkatnya keperluan perlindungan dan penjagaan haiwan. Pada waktu itu, SPCA of Texas mengerahkan usaha tindak balas bencana di Texas Utara untuk membantu kawasan Pantai Teluk dan mereka perlu mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan mereka, mengumpulkan dana dan merekrut sukarelawan dengan cepat.
SPCA of Texas dinasihatkan oleh RKD Group, iaitu agensi pungutan derma dan pemasaran, agar mengoptimumkan akaun Ad Grants mereka dengan segera untuk memanfaatkan peningkatan carian berhubung usaha membantu, menyelamatkan dan mengambil haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan serta usaha menjadi sukarelawan untuk bencana taufan. Strategi pengoptimuman termasuk mengemas kini kopi iklan berjenama, mewujudkan kempen khusus Taufan Harvey dan melaksanakan pautan laman. Data penjejakan penukaran membolehkan organisasi ini memahami kesan langsung Google Ads mereka dalam usaha bantuan bencana.
Akaun Ad Grants berjaya mewujudkan kesedaran dan penglibatan untuk membantu mereka menangani kebanjiran haiwan dalam jagaan SPCA semasa taufan. Derma yang dipacu oleh Google Ads meningkat sebanyak 723% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Kopi iklan yang dikemas kini dalam kempen berjenama menghasilkan peningkatan penukaran sebanyak 2830% dan ini membuktikan kejayaan mereka memanfaatkan peningkatan trafik jenama berkat liputan berita tentang usaha bantuan organisasi ini. Secara keseluruhannya, penukaran merentas semua kempen meningkat sebanyak 116%. Pelaksanaan strategi pengoptimuman untuk memaksimumkan kesan Google Ads semasa bencana adalah amat penting untuk menjaga haiwan yang terjejas dan menghubungkan pengguna yang melakukan carian dalam talian dengan SPCA of Texas.
“Beberapa hari selepas Taufan Harvey, SPCA of Texas tidak berlengah untuk melancarkan pelan bencana bagi membantu menjaga haiwan yang terjejas oleh banjir. Penggunaan Google Ads yang strategik memainkan peranan penting dalam usaha mengutip derma dan mewujudkan kesedaran tentang usaha kami. Dengan bantuan RKD Group, kami berjaya mengutip derma dan membantu haiwan peliharaan dan mangsa yang tiba di Texas selepas mengosongkan Pantai Teluk.”Maura Davies, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, SPCA of Texas