SOS Children's Villages

SOS Children's Villages memanfaatkan alatan Google Ads untuk memaksimumkan impak akaun Ad Grants mereka.

Matlamat Pemasaran

  • Tingkatkan jumlah sumbangan
  • Sebarkan kesedaran misi organisasi
  • Bina kehadiran dalam talian

Metrik Kejayaan

100%+

lawatan tapak web bulanan

40K

sumbangan bulanan dalam INR

30%

peningkatan dalam trafik tapak web tahunan

Sepintas Lalu

SOS Children's Villages

Lokasi: New Delhi, IN www.soschildrensvillages.in

Misi

SOS Children's Villages merupakan organisasi pembangunan sosial bebas bukan kerajaan yang menyediakan penjagaan berasaskan keluarga untuk kanak-kanak di India sejak tahun 1964. Pada masa ini, lebih daripada 6,600 kanak-kanak dan golongan remaja tinggal di 32 SOS Children's Villages dan 27 SOS Youth Facilities di negara ini.

Matlamat Pemasaran

SOS Children's Villages bukanlah organisasi yang mahir dalam bidang digital sebelum menyediakan akaun Google Ad Grants mereka. Organisasi ini menghasilkan kempen Google Ads mereka berdasarkan matlamat pemasaran. Mereka turut memanfaatkan alatan Google Ads yang berbeza dan menerapkan amalan terbaik yang dikongsi oleh pasukan Google Ad Grants untuk mencapai matlamat mereka.

Proses

SOS bergantung pada alatan Google Ads percuma untuk mengurus akaun Ad Grants mereka. Mereka mengkaji dan melaksanakan cadangan yang ditawarkan pada tab Peluang dan mengesyorkan alat ini kepada Penerima Ad Grants lain yang mengalami kekangan sumber. Di samping itu, SOS kerap menambahkan kata kunci yang berkaitan pada kempen mereka dan menggunakan teks iklan yang menyerlahkan mesej utama kepada khalayak sasaran mereka dan mendorong trafik yang berkelayakan ke tapak web SOS.

Kesan Google Ad Grants

Selepas melancarkan akaun Ad Grants, lawatan tapak bulanan SOS melonjak daripada 3,000 kepada 8,000 dan organisasi ini menerima sumbangan dengan jumlah purata INR 40,000 sebulan daripada iklan Ad Grants mereka. Penjejakan penukaran membolehkan organisasi ini mengukur kesan kempen mereka, memahami tindakan yang diambil pengguna selepas mengklik pada iklan mereka dan menunjukkan kempen yang menjana sumbangan yang tertinggi. Mereka menggunakan data ini untuk memastikan belanjawan harian diperuntukkan pada kempen yang membantu mereka mencapai matlamat. Akhir sekali, pautan tapak membantu SOS mempromosikan halaman tapak web mereka yang mendorong interaksi seperti halaman 'Derma dan bantu'.

“Ad Grants membolehkan organisasi yang mempunyai sumber yang terhad memenuhi matlamat mereka dan mencapai khalayak yang betul.”
Kanchan Sen, Ketua Perkongsian Individu, Pembangunan Dana & Komunikasi, SOS Children’s Villages