Singapore International Foundation

Ad Grants membantu Singapore International Foundation mengagihkan semula dana untuk menghasilkan kandungan yang lebih bermakna.

Matlamat Pemasaran

  • Wujudkan kesedaran merentas khalayak global
  • Jana trafik ke tapak web
  • Berikan inspirasi kepada orang ramai supaya melibatkan diri

Metrik Kejayaan

70%

peningkatan carian tapak

20%

lebih banyak masa dihabiskan di tapak web

27%

lebih banyak halaman tapak web dilawati

Sepintas Lalu

Singapore International Foundation

Lokasi: Singapura www.sif.org.sg

Kesan Google Ad Grants

Inisiatif penceritaan digital Singapore International Foundation, Our Better World, menceritakan kisah kebaikan berkisar Asia untuk memberikan inspirasi kepada masyarakat global supaya membentuk dunia yang lebih baik bersama-sama. Selepas menjadi Penerima Ad Grants dan menambahkan Google Ads sebagai satu kaedah pemasaran mereka, Our Better World telah berjaya menghubungkan orang ramai yang mempunyai minat yang mendalam dengan projek yang berfaedah. Mereka menggunakan kata kunci yang berkaitan untuk menghalakan orang ramai kepada cerita berkualiti dan cara untuk membolehkan mereka melibatkan diri dan membuat perubahan yang bermakna. Untuk kejohanan futsal Play-for-Good terbaharu yang diadakan untuk menyokong Pasukan Bola Sepak Singapore Cerebral Palsy, kempen Google Ads mereka menggunakan kata kunci mudah seperti "CP football" dan "football tournament". Langkah ini telah membantu mereka membawa masuk satu pertiga daripada jumlah pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

“Sebagai pencerita dalam talian, kami berusaha untuk menyampaikan cerita kami kepada sebanyak mungkin khalayak dalam talian. Google Ad Grants telah membantu kami meningkatkan trafik berkualiti ke tapak web kami, lantas membolehkan cerita kami menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang supaya mereka membuat kebaikan di seluruh dunia."
Rebecca Lim, Ketua Our Better World, Singapore International Foundation