18.2J
klik tapak web
100K
pendaftaran pelajar baharu
1.5K
sumber guru dimuat turun
Science Buddies membantu pelajar daripada semua lapisan masyarakat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang sains dan teknologi supaya mereka boleh menjadi warga yang produktif dan komited dalam abad ke-21 ini. Organisasi ini menyediakan sarana yang mencerminkan penyelidikan terkini tentang cara mengajar sains dengan berkesan kepada berjuta-juta pelajar, ibu bapa dan guru sekolah rendah dan menengah. Science Buddies menyediakan kandungan unik yang dihasilkan oleh saintis mereka sendiri. Sarana yang tidak tersedia daripada mana-mana sumber lain ini boleh disesuaikan dengan laluan pembelajaran individu pelajar malah dapat digunakan dalam kehidupan sebenar. Melalui penyediaan kandungan dengan akses terbuka secara percuma dalam talian, Science Buddies berusaha untuk memastikan semua kanak-kanak mendapat akses kepada pembelajaran sains, tanpa mengira jantina, latar belakang etnik atau status sosioekonomi.
Tidak seperti kebanyakan organisasi bukan untung yang mempunyai premis fizikal, Science Buddies beroperasi dalam talian sepenuhnya. Matlamat utama mereka adalah untuk meningkatkan trafik ke tapak web tersebut, supaya dapat menghubungkan kanak-kanak dengan beribu-ribu halaman kandungan sains percuma. Setelah mendapati lebih daripada 25% pengguna melayari tapak mereka melalui peranti mudah alih, Science Buddies mengemas kini tapak mereka baru-baru ini agar lebih mesra peranti mudah alih sekali gus lebih mudah diakses oleh pelajar, guru dan ibu bapa semasa dalam perjalanan. Untuk menjana lebih banyak dana, mereka mencari peluang untuk memperluas pemasaran program Science Kit mereka yang popular.
Science Buddies merupakan salah satu penerima program Google Ad Grants yang terawal, setelah menyertai program ini pada tahun pelancarannya pada 2003 dan kemudiannya menjadi penerima Grantspro. Pada tahun 2004, 171,000 lawatan unik ke tapak Science Buddies diperoleh melalui Ad Grants; menjelang tahun 2005, angka ini telah meningkat kepada 773,000 lawatan unik. Pada tahun 2006, Google Ad Grants telah menggandakan trafik ke tapak web mereka. Menurut Presiden dan Pengasasnya, Kenneth Hess, "Ad Grants benar-benar meletakkan kami pada peta!" Sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, kira-kira 1,500 orang guru telah mendaftar untuk memuat turun sumber bagi mengurus projek sains pelajar dan kira-kira 100,000 orang pelajar telah mendaftar untuk menggunakan Topic Selection Wizard, yang membantu mereka mencari projek sains yang sesuai dengan minat mereka. Science Buddies bakal meneroka bidang baharu yang menarik, seperti repositori maklumat kerjaya STEM, Aktiviti Sains yang menyeronokkan dan Suapan Berita Sains masa nyata, dan mereka merancang untuk menghasilkan kempen Google Ads untuk mempromosikan pelancaran program ini serta menyemarakkan semangat lebih ramai bakal saintis.
“Google Ad Grants benar-benar meletakkan kami pada peta!”Kenneth Hess, Pengasas & Presiden, Science Buddies