10%
derma dalam talian yang diterima dalam setahun
1,700
pendaftaran sukarelawan dalam setahun
Samaritans telah ditubuhkan pada tahun 1953 dengan visi untuk mengurangkan bilangan orang yang mati dengan membunuh diri. Untuk mencapai hasrat ini, organisasi ini melancarkan talian bantuan sokongan emosi yang tersedia secara percuma, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, melalui telefon, melalui e-mel dan secara bersemuka di 201 cawangan di UK dan Ireland - suatu perkhidmatan yang disediakan oleh 20,000 sukarelawan. Saluran sokongan ini dihubungi setiap 6 saat dan organisasi ini menjangkau lebih setengah juta orang setiap tahun melalui usaha mereka dalam komuniti setempat.
Matlamat pemasaran utama Samaritans adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang talian bantuan mereka dalam usaha yang akhirnya akan mengurangkan kadar bunuh diri. Michael Keating, Pengurus Komunikasi Digital, menjelaskan, “Kami memberikan tumpuan pada usaha menyampaikan mesej kami terus kepada orang yang berniat untuk mengambil nyawa mereka supaya mereka menyedari akan sokongan yang kami tawarkan”. Apabila Samaritans menjadi semakin mahir dari segi digital, organisasi ini juga menetapkan matlamat penukaran berhubung pengumpulan dana, pendaftaran acara dan pengambilan sukarelawan.
Samaritans menggunakan penjejakan penukaran dalam Google Ads dan Analitis Google untuk mengukur kesan kempen Ad Grants mereka dan membuat keputusan tentang tempat untuk melaburkan perbelanjaan pemasaran mereka. “Melalui penggunaan Google Ads dan Analitis Google, perkara utama yang kami jejaki ialah derma yang dibuat melalui tapak web, pendaftaran sukarelawan dan pendaftaran surat berita e-mel,” kata Keating. Cerapan data penjejakan penukaran dan Analitis membantu organisasi ini merancang perbelanjaan digital untuk kempen pemasaran terbesar mereka. Samaritans menggunakan akaun Ad Grants mereka untuk menguji strategi pemasaran dan menyokong akaun tersebut dengan akaun Google Ads berbayar sepanjang musim cuti untuk meningkatkan usaha pengumpulan dana mereka. Michael berkata, "Pelaksanaan penjejakan penukaran telah meyakinkan organisasi kami bahawa melabur dalam Google Ads berbayar ialah langkah yang berbaloi. Data menunjukkan betapa banyaknya nilai yang ditawarkan oleh saluran ini." Sepanjang musim cuti terdahulu, kempen Google Ads berbayar telah menghasilkan nilai derma yang tertinggi untuk organisasi ini.
Cerapan data penjejakan penukaran dan Analitis mempengaruhi peruntukan belanjawan pemasaran Samaritans dan membolehkan organisasi ini mencapai matlamat pemasaran mereka dengan berkesan. Sepanjang tahun lalu, kempen Ad Grants organisasi ini telah mendorong lebih $48,000 atau 10% derma dalam talian, 11% pendaftaran acara dan 1,769 pendaftaran sukarelawan. Michael berkata, "Tindakan melabur dalam Google Ads membantu Samaritans menjangkau lebih ramai orang untuk menawarkan sokongan dan mendorong lebih ramai orang untuk menyokong organisasi ini".
“Kami mengesyorkan penggunaan Analitis Google dan penjejakan penukaran kepada organisasi bukan untung lain untuk memahami bahawa menambahkan akaun Google Ads berbayar pada akaun Ad Grants ialah pelaburan yang berbaloi.”Michael Keating, Pengurus Pemasaran Digital, Samaritans