Mutirão no Bem

AdWords Express telah mendorong peningkatan sumbangan dan pendaftaran sukarelawan secara dalam talian lantas membolehkan Mutirão no Bem menyokong lebih banyak keluarga di São Paulo, Brazil.

Matlamat Pemasaran

  • Tingkatkan pendaftaran sukarelawan
  • Jana trafik ke tapak web
  • Tingkatkan jumlah sumbangan

Metrik Kejayaan

1,000,000

Tera dalam 5 bulan

15,000

klik iklan dalam 5 bulan

40%

peningkatan pendaftaran sukarelawan dalam talian

Sepintas Lalu

Mutirão no Bem

Lokasi: São Paulo, Brazil www.mutiraonobem.org.br

Misi

Mutirão no Bem Barnardos menyokong keluarga dalam komuniti yang terdapat kerentanan sosial dan memberikan tumpuan kepada pembangunan peribadi golongan remaja. Mereka berpegang pada prinsip "kasihi jiran tetangga sepertimana kamu menyayangi diri sendiri" dan matlamat mereka yang lebih umum adalah untuk berkongsi konsep saling menerima dan menyokong dengan kasih sayang.

Matlamat Pemasaran

Mutirão no Bem mahu lebih ramai orang mengetahui tentang tujuan dan organisasi mereka. Ad Grants merupakan penyelesaian terbaik yang membolehkan mereka berkongsi misi mereka dalam talian secara percuma, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong sumbangan serta pendaftaran sukarelawan dalam talian.

Proses

Luciano Bresciani, Presiden Mutirão no Bem mengendalikan pengurusan AdWords Express di samping tugas mengurus organisasi bukan untung yang lain. Sifat platform AdWords Express yang mudah, boleh dikendalikan sendiri dan tidak memerlukan masa yang banyak telah membolehkan Luciano membuat dan mengedit iklan dalam kempen beliau dengan cepat serta memantau kemajuannya pada papan pemuka. Di samping itu, ciri penjadualan iklan memastikan iklan untuk hak kanak-kanak organisasi tersebut disiarkan pada masa yang tidak dijangkakan apabila diperlukan oleh orang ramai. AdWords Express telah menjadi penyelesaian pemasaran yang berharga kepada Presiden organisasi yang sentiasa dikekang masa.

Kesan Google Ad Grants

Sejak Mutirão no Bem melancarkan kempen AdWords Express mereka, organisasi ini telah mengalami peningkatan dari segi kesedaran, dengan tatapan iklan mereka melebihi 1 juta kali dalam tempoh lima bulan dan mendorong 15,000 klik ke tapak web mereka. Dalam tempoh sebulan, mereka turut mengalami peningkatan bilangan penderma dalam talian, dengan sumbangan dalam talian meningkat kepada 39% daripada keseluruhan pendapatan pungutan derma pada bulan tersebut. Akhir sekali, hasil daripada kesedaran yang meningkat, bilangan orang yang berminat untuk menjadi sukarelawan dengan Mutirão no Bem telah meningkat sebanyak 40%.

“Ad Grants membantu kami meningkatkan bilangan tatapan tapak web kami. Alatan ini membolehkan kami menyasarkan khalayak yang kami ingini, khususnya kawasan geografi yang kami mahukan lebih ramai sukarelawan mendaftar. Terima kasih kepada AdWords Express dan Ad Grants kerana orang yang mencari peluang menjadi sukarelawan dan mereka yang berminat untuk menderma boleh menemui Mutirão no Bem dalam hasil carian. ”
Luciano Bresciani, Presiden