Moms In Prayer International

Moms in Prayer International mengumpulkan derma dalam talian sebanyak $17,000 melalui Google Ad Grants dalam tempoh 90 hari.

Matlamat Pemasaran

  • Mengumpulkan dana
  • Langganan e-mel
  • Meningkatkan kesedaran

Metrik Kejayaan

$17,000

derma dalam tempoh 90 hari

1,500

pendaftaran e-mel dalam tempoh 90 hari

Misi

Moms in Prayer International merupakan organisasi berasaskan kepercayaan yang memberikan tumpuan pada usaha membawakan impak kepada kanak-kanak dan sekolah di seluruh dunia dengan mengumpulkan kaum ibu untuk berdoa.

Matlamat Pemasaran

Organisasi ini memanfaatkan jangkauan Google Ad Grants untuk meningkatkan kesedaran, memupuk minat terhadap program yang ditawarkan, mengumpulkan dana dan memacu langganan e-mel. Akhirnya, usaha pemasaran ditumpukan pada penggabungan ibu-ibu untuk mengukuhkan komuniti ini.

Pendekatan

Community Boost Consulting, sebuah agensi pemasaran digital, bertanggungjawab mengurus akaun Ad Grants Moms in Prayer International. Penjejakan penukaran digunakan untuk menjejaki derma, langganan e-mel dan pendaftaran kumpulan pendoa yang dipacu oleh Google Ads. Di samping itu, cerapan daripada data Analitis telah membantu organisasi mencetuskan corong pemerolehan penderma baharu. Cameron Ripley, CEO Community Boost Consulting, menjelaskan, “Kami tahu terdapat banyak peluang untuk menukar kaum ibu menjadi penyokong dan bukannya sekadar berharap mereka akan menderma pada kali pertama mereka melawat tapak web dan ini ialah hasil daripada data Analitis.”

Pembidaan Maksimumkan Penukaran juga telah memainkan peranan yang penting dalam usaha menyampaikan pelbagai matlamat kempen iklan termasuk derma, jualan e-dagang dan penjanaan pelanggan e-mel. Cameron berkata, “Setelah melaksanakan maksimumkan penukaran, kami melihat peningkatan dalam kadar penukaran dan CTR bagi setiap kempen Google Ads kerana sistem menunjukkan iklan dengan lebih berkesan. Maksimumkan penukaran meningkatkan bidaan secara automatik apabila penukaran lebih cenderung berlaku untuk kata kunci yang kompetitif.”

Kesan Google Ad Grants

Dalam tempoh 90 hari, Google Ad Grants berjaya menjana derma dalam talian sebanyak $17,000, 1,500 langganan e-mel dan 123 pendaftaran kumpulan pendoa untuk Moms in Prayer International. Sepanjang tempoh ini, satu carian tunggal menghasilkan derma sebanyak $2,000. Di samping itu, Google Ads telah memacu 60,000 lawatan ke tapak web dan meningkatkan kesedaran secara berkesan untuk organisasi ini.

“Kami amat berterima kasih atas cara Google Ad Grants meningkatkan dakwah kami. Pada hujung tahun 2017, Community Boost membantu kami menjana hasil dalam talian sebanyak lebih daripada $15,000 terus daripada Google Ad Grants, sambil membawa masuk 1,464 pelanggan e-mel tambahan, serta hadiah tahunan yang bernilai $3,575 setiap tahun.”
Estha Trouw, Pengarah Perkongsian Strategik, Moms In Prayer International