700K
tera bulanan
30K
pendaftaran sukarelawan
30%
trafik tapak web daripada Ad Grants
Make a Difference (MAD) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi di 23 bandar di India. Organisasi ini berpusat di Bangalore, India dan memperkasakan kanak-kanak yang tinggal di rumah anak yatim dan pusat perlindungan jalanan untuk menemui kekuatan sebenar dan menzahirkan potensi penuh mereka. MAD menyediakan ruang pembelajaran yang kreatif untuk kanak-kanak ini dan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti peluang pendidikan dan kerjaya mereka.
Gloria, Pengarah Urusan MAD, berkata "Google Ad Grants ialah program yang mesti dimiliki oleh semua organisasi bukan untung, terutamanya di India, yang baru mula menggunakan ciri dalam talian." MAD menggunakan akaun Google Ad Grants mereka untuk mengambil sukarelawan yang komited, yang boleh memberikan komitmen selama setahun kepada organisasi, meningkatkan kesedaran, menjana derma dalam talian dan mengenal pasti serta mengutamakan lokasi untuk pengembangan pada peringkat antarabangsa.
Google Ad Grants telah menyediakan cara percuma untuk menyasarkan bukan sahaja operasi MAD yang sedia ada di 23 bandar, tetapi juga di seluruh India dan dunia. Data Google Ads menunjukkan bandar dan negara yang paling berminat dengan MAD dan organisasi ini menggunakan data ini bagi mengenal pasti tempat untuk mengembangkan operasi mereka. Di samping itu, Ad Grants membolehkan mereka membina rangkaian sukarelawan yang tidak mungkin dapat dicapai melalui kaedah pemasaran tradisional. Kira-kira 20% daripada jumlah sukarelawan organisasi tersebut diperoleh melalui Google Ads dan kira-kira 30% daripada trafik tapak web mereka diperoleh daripada kempen Ad Grants mereka.
“Ad Grants merupakan saluran yang kukuh untuk sumbangan antarabangsa dan turut membolehkan kami mendapatkan petunjuk awal negara yang boleh dijadikan destinasi untuk MAD mengembangkan cawangan pengumpulan dana kami — berdasarkan sumbangan dan minat yang kami terima.”Gloria Benny, Pengarah Urusan, MAD