Kiwis for Kiwi

Kiwis for kiwi berjaya meningkatkan trafik web sebanyak 105% setelah menggunakan alat Perancang Kata Kunci dalam Akaun Ad Grants mereka.

Matlamat Pemasaran

  • Jana trafik ke tapak web
  • Tingkatkan keterlihatan dalam talian dan kesedaran jenama

Metrik Kejayaan

105%

peningkatan trafik dalam talian

25%

peningkatan rujukan Google

Sepintas Lalu

Kiwis for Kiwi

Lokasi: New Zealand www.kiwisforkiwi.org

Misi

Kiwi for kiwi™ menyokong organisasi dan kumpulan masyarakat tempatan yang berusaha untuk melindungi burung kiwi dan habitat semula jadinya. Mereka menyediakan pembiayaan, latihan dan sumber untuk projek pemuliharaan burung kiwi dan menghubungkan setiap projek dengan sukarelawan. Bersama-sama, mereka berhasrat untuk meningkatkan kesedaran, mendidik orang ramai dan menyuntik semangat semua warga New Zealand untuk menyertai usaha ini dan menganggotai Kiwis for kiwi™.

Matlamat Pemasaran

Sepanjang dua tahun yang lalu, Kiwis for kiwi™ telah membangunkan pengikut yang setia namun sedikit. Trafik web mereka tidak bertambah dan organisasi itu tidak berkembang. Untuk mencapai khalayak yang lebih besar, Kiwis for kiwi™ beralih kepada Google Ad Grants untuk mewujudkan kehadiran dalam talian yang kukuh. Mereka mahu mencari jalan untuk menjana trafik ke tapak web mereka untuk mendidik orang ramai, menghubungkan individu dengan rakan kongsi organisasi dan menggalakkan sumbangan.

Proses

Kiwis for kiwi™ bekerjasama dengan agensi kreatif untuk mengenal pasti cara mereka boleh menghasilkan kempen dan kata kunci dalam antara muka Google Ads yang menggambarkan matlamat pemasaran mereka. Mereka membahagikan akaun kepada tiga kempen yang berbeza (Pendidikan, Kesedaran Jenama dan Cara untuk Melibatkan Diri) dan menggunakan alat Perancang Kata Kunci untuk menjana kata kunci yang berkaitan dengan setiap kategori. Setelah menghasilkan senarai umum, mereka bekerjasama dengan agensi tersebut untuk memperhalus istilah yang menggambarkan fungsi dan kelebihan organisasi mereka untuk mengawal trafik web.

Kesan Google Ad Grants

Dalam tempoh satu bulan pertama pengiklanan menggunakan Google Ad Grants, Kiwis for kiwi™ melaporkan trafik kempen pengumpulan dana kebangsaan mereka meningkat sebanyak 105% dan mencapai paras tertinggi sebanyak 12,000 pengunjung. Sepanjang 7 bulan berikutnya, trafik sumber daripada Google Ads terus meningkat sebanyak 25% dan pada masa ini mewakili 80% daripada jumlah lawatan tapak mereka. Mereka memantau kempen secara aktif dan gembira melihat kejayaan dan peningkatan tersebut. Menjelang ulang tahun pertama Kiwis for kiwi™ sebagai Penerima Ad Grants, mereka merancang untuk melaksanakan Penjejakan Penukaran dalam Google Analitis untuk memahami dengan lebih baik jumlah sumbangan yang diperoleh daripada Google Ads.

“Dengan belanjawan pemasaran dan pengiklanan yang terhad, kami mendapati usaha kami sia-sia sahaja. Ad Grants telah menawarkan Kiwis for kiwi saluran dan peluang baharu untuk mencapai khalayak yang baharu.”
Michelle Impey, Pengarah Eksekutif, Kiwis for kiwi™