The Houston Food Bank

Houston Food Bank menyaksikan peningkatan derma sebanyak 12 kali selepas menggunakan Google Ad Grants semasa bantuan bencana.

Matlamat Pemasaran

  • Memacu derma untuk bantuan bencana
  • Mewujudkan kesedaran tentang tuntutan yang meningkat
  • Merekrut sukarelawan

Metrik Kejayaan

+187%

panggilan

7x

penukaran

12x

derma

Sepintas Lalu

The Houston Food Bank

Lokasi: AS www.houstonfoodbank.orgwww.rkdgroup.com

Misi

Houston Food Bank yang mengedarkan 122 juta hidangan berkhasiat melalui 1,500 rakan komunitinya di tenggara Texas dan memberikan makanan kepada 800,000 orang setiap tahun merupakan penyelesaian bagi masalah kebuluran dan pembaziran makanan.

Cabaran

Pada tahun 2017, banjir Taufan Harvey telah mengakibatkan pemindahan mangsa secara besar-besaran dan ramai mangsa terkandas dan memerlukan air, makanan, pakaian serta barang keperluan yang lain. Houston Food Bank mengedarkan barang-barang ini ke tempat perlindungan di Houston dan kawasan sekitarnya untuk membantu usaha bantuan bencana. Disebabkan oleh peningkatan permintaan bantuan makanan yang mendadak, organisasi perlu mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan mereka, mengutip derma dan merekrut sukarelawan dengan segera.

Pendekatan

Houston Food Bank dinasihatkan oleh RKD Group, iaitu agensi pungutan derma dan pemasaran, agar mengoptimumkan akaun Ad Grants mereka dengan segera untuk memanfaatkan peningkatan carian berhubung keperluan makanan, derma dan peluang menjadi sukarelawan untuk bencana taufan. Strategi pengoptimuman termasuk mengemas kini kopi iklan berjenama, mewujudkan kempen khusus Taufan Harvey dan melaksanakan pautan laman. Data penjejakan penukaran membolehkan organisasi ini memahami kesan langsung Google Ads mereka dalam usaha bantuan bencana.

Hasilnya

Akaun Ad Grants berjaya mewujudkan kesedaran dan menghubungkan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat taufan dengan sumber organisasi di bawah keadaan yang mendesak. Secara keseluruhannya, derma yang dipacu oleh Google Ads meningkat sebanyak 1,211% dan panggilan yang diterima oleh organisasi meningkat sebanyak 187% berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Kopi iklan yang dikemas kini dalam kempen berjenama menghasilkan peningkatan penukaran sebanyak 1067%, dan ini membuktikan kejayaan mereka memanfaatkan peningkatan trafik jenama berkat liputan berita tentang usaha bantuan organisasi ini. Penukaran yang dipacu oleh Google Ads, yang menumpukan usaha merekrut sukarelawan menyaksikan peningkatan sebanyak 500%. Secara keseluruhannya, penukaran merentas semua kempen meningkat sebanyak 741%. Pelaksanaan strategi pengoptimuman untuk memaksimumkan kesan Google Ads semasa bencana adalah amat penting untuk memacu derma, perekrutan sukarelawan dan peningkatan kesedaran dengan segera.

“Hasil pengurusan akaun Google Ad Grants kami oleh RKD Group semasa Taufan Harvey telah membolehkan kami menjangkau mangsa yang terjejas dalam komuniti kami dan menjangkau mereka yang ingin membantu untuk membina semula komuniti kami. Google Ads amat penting untuk memacu kesan usaha bantuan bencana.”
Adele Brady, Pengarah Komunikasi, Houston Food Bank