585+
panggilan daripada Ad Grants dalam tempoh setahun
900
penukaran derma daripada Ad Grants dalam tempoh setahun
$284,000+
derma dalam bentuk barangan dalam tempoh setahun
Habitat for Humanity menyatukan orang ramai untuk sama-sama membina rumah, komuniti dan harapan. Sejak tahun 1985, Habitat Wake telah bekerjasama dengan pembeli rumah, penderma dan sukarelawan untuk membina lebih daripada 750 buah rumah yang selamat, mampu milik dan cekap tenaga di semua bahagian kaunti Wake dan Johnston di Carolina Utara. Organisasi ini mengamalkan falsafah "jangan beri ikan, tetapi beri kailnya" dan memanfaatkan aset komuniti yang sedia ada: kewangan, fizikal, alam semula jadi, manusia, sosial dan kerohanian.
Habitat Wake memanfaatkan kedua-dua akaun Ad Grants dan juga Google Ads berbayar untuk meningkatkan bilangan orang yang menjadualkan pengutipan derma dalam bentuk barangan setiap bulan. Barang-barang rumah yang didermakan dijual melalui Habitat ReStore untuk menyediakan dana bagi menyokong program dan memberi komuniti sumber barang keperluan rumah dan perabot yang mampu milik.
Organisasi ini mengupah Nonprofit Megaphone, iaitu agensi Profesional Diperakui Ad Grants, untuk mengurus akaun Ad Grants dan Google Ads berbayar mereka. Organisasi ini membuat keputusan untuk melabur dalam akaun berbayar untuk mengembangkan jangkauan mereka, menggunakan iklan paparan dan melancarkan kempen pemasaran semula. Olivia Bowler, Pengarah Komunikasi Habitat for Humanity di Kaunti Wake berkata, “Dalam dunia pengiklanan dalam talian yang semakin kompetitif, akaun berbayar memperkasa organisasi kami untuk mengembangkan jangkauan dengan memanfaatkan pelbagai ciri dan rangkaian pemasaran maju, sambil memacu derma tambahan. Kami suka kawalan terhadap pemesejan iklan, penyasaran dan penjejakan yang diberikan oleh Google Ads”. Grant Hensel, CEO Nonprofit Megaphone berkongsi, “Kami berasa sangat teruja untuk bekerja bersama dengan Habitat Wake untuk menggunakan kedua-dua Google Ads berbayar dan Ad Grants untuk memacu misi mereka ke hadapan. Kedua-dua platform ini hebat walaupun digunakan secara berasingan, tetapi gabungan keduanya memacu hasil yang jauh lebih kukuh di dunia pemasaran dalam talian. Kami ingin memberi pelanggan kami semua kelebihan yang boleh mereka peroleh!”
Memanfaatkan kuasa pelbagai alatan Google
Kedua-dua Google Ad Grants dan Google Ads berbayar membolehkan Habitat Wake menjangkau lebih ramai orang yang berminat dalam kerja mereka dan memacu lebih banyak derma, terutamanya derma dalam bentuk barangan yang dijual semula. Habitat Wake menggunakan Analitis Google dan Pengurus Teg Google untuk menjejaki penukaran pada kedua-dua akaun mereka. Oleh itu, data mengalir terus ke dalam antara muka Google Ads.
Memacu derma dan panggilan tambahan
Mereka menjejaki “halaman kejayaan” selepas pengutipan derma kepada Habitat ReStore dijadualkan, sekali gus membolehkan mereka membuat perkaitan terus antara derma tambahan dengan iklan mereka. Derma mempunyai nilai kewangan yang telah dikira oleh mereka. Tindakan menetapkan nilai pada penukaran membolehkan organisasi ini melihat jumlah nilai yang dipacu oleh iklan pada beberapa penukaran yang berlainan agar mudah untuk mereka melihat pulangan pelaburan. Serahan borang permintaan pengutipan derma secara purata memacu $277 dalam nilai penukaran untuk organisasi ini dan dalam tempoh enam bulan, nilai penukaran berjumlah melebihi $153,000.
Dalam tempoh 30 hari, Ad Grants memacu 75 pengutipan derma mengikut jadual yang bernilai ribuan dolar untuk organisasi ini. Organisasi ini memanfaatkan Ad Grants untuk memacu derma sebelum pembukaan kedai baharu dan melihat peningkatan dalam trafik tapak web serta derma yang tidak akan dapat dilihat oleh mereka jika mereka tidak menggunakan Ad Grants. Mereka juga menggunakan sambungan panggilan pada iklan Ad Grants yang membolehkan mereka menambahkan nombor telefon pada iklan mereka dan memacu lebih daripada 585 panggilan dalam tempoh setahun sahaja.
Diperluas kepada iklan paparan pemasaran semula untuk menggandakan kesan
Akhir sekali, Habitat Wake bergantung pada akaun Google Ads berbayar untuk melancarkan kempen paparan pemasaran semula untuk menarik pelawat tapak web agar menderma lagi, atau menghantar peringatan kepada pelawat yang belum bersedia untuk mendermakan barang pada kali pertama mereka menemukan jenama Habitat Wake. Pemasaran semula memperkasa organisasi ini untuk sentiasa diingat oleh khalayak sasaran mereka, dan perkara ini meningkatkan kesan iklan mereka.
“Akaun Google Ads berbayar membolehkan kami meluaskan jangkauan dan memanfaatkan ciri seperti pemasaran semula, sambil memacu derma tambahan.”Olivia Bowler, Pengarah Komunikasi Habitat for Humanity, Kaunti Wake