GlobalGiving

GlobalGiving menggunakan metrik penjejakan penukaran untuk menjana trafik berkelayakan, yang membolehkan mereka memohon untuk menyertai program Grantspro.

Matlamat Pemasaran

  • Tingkatkan lawatan ke halaman projek tapak web
  • Luaskan kesan ke negara baharu
  • Jana derma dalam talian

Metrik Kejayaan

Lebih daripada 4K

penukaran

Lebih daripada 390K

klik tapak web

5K

derma

Sepintas Lalu

GlobalGiving

Lokasi: AS www.globalgiving.org

Misi

GlobalGiving merupakan organisasi yang memberikan peluang kepada usahawan sosial dan organisasi bukan untung mengumpulkan dana untuk mempertingkatkan komuniti mereka. Di GlobalGiving.org, bakal penderma boleh mencari projek mengikut wilayah atau topik dan badan amal pilihan mereka akan menghantar kemas kini tentang cara sumbangan tersebut digunakan. GlobalGiving ialah organisasi yang menjana impak positif; orang ramai menyumbangkan masa dan wang mereka kepada badan amal yang berusaha menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

Matlamat Pemasaran

GlobalGiving maklum bahawa lazimnya orang ramai hanya menderma kepada sesuatu tujuan selepas mereka mendapat maklumat yang cukup tentang tujuan tersebut. Oleh hal yang demikian, GlobalGiving menggunakan tapak web mereka untuk memaklumi orang ramai tentang isu-isu dan menghubungkan penderma kepada lebih daripada 10,000 projek yang layak di seluruh dunia. Selepas mencuba kaedah pemasaran tradisional, GlobalGiving beralih kepada Google Ad Grants pada tahun 2008 untuk mendorong trafik yang layak ke tapak web mereka dan seterusnya meningkatkan sumbangan kepada pelbagai projek mereka. Mereka telah menguji strategi pemasaran dalam talian pada akaun Ad Grants selama lebih 6 tahun untuk mencapai matlamat mereka dengan berkesan.

Proses

Kevin Conroy, Ketua Pegawai Produk, membandingkan data prestasi Google Ads untuk suatu tempoh dengan arah aliran industri dan pengguna untuk mencari peluang bantuan baharu. Di samping itu, metrik penjejakan penukaran dan arah aliran bilangan klik menunjukkan kempen dan projek yang semakin popular dan membantu Kevin menetapkan matlamat dan strategi pemasaran untuk GlobalGiving. Google Ad Grants membolehkan organisasi ini menyasarkan orang yang betul pada masa yang tepat dengan seruan tindak yang sesuai, sekali gus memastikan orang ramai sentiasa menerima maklumat dan akhirnya membuat sumbangan.

Kesan Google Ad Grants

GlobalGiving memasang penjejakan penukaran untuk merekodkan jumlah sumbangan dan langganan surat berita yang diperoleh melalui kempen Ad Grants. Mereka menggunakan metrik penjejakan penukaran untuk mengoptimumkan kempen yang seterusnya membantu mereka menggunakan semua peruntukan bulanan yang berjumlah $10,000. Langkah ini membolehkan mereka memohon untuk menyertai program Grantspro, menerima belanjawan tambahan sebanyak $40,000 sebulan dan menyaksikan kesan yang lebih besar daripada akaun Ad Grants mereka. Belanjawan tambahan ini telah menggandakan trafik GlobalGiving dan perbelanjaan Google Ads. Kini, trafik tapak web mereka telah meningkat 400% berbanding semasa mereka mula menyertai Ad Grants pada tahun 2008 dan mereka masih menguji strategi baharu untuk menggunakan peruntukan tambahan ini.

“Google Ad Grants telah membantu kami memacu lebih 350,000 pengunjung ke tapak kami yang seterusnya menjana $440,000 USD daripada lebih 5,000 derma — dan kesemuanya dicapai tanpa sebarang kos tambahan pada organisasi kami!”
Kevin Conroy, Ketua Pejabat Produk, GlobalGiving