73%
trafik tapak web yang dijana oleh AdWords Express
76%
daripada trafik tapak web yang dijana oleh AWX merupakan pengguna baharu
3
purata halaman yang dilihat oleh trafik AWX
Misi Fuse School adalah untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua orang melalui kursus dalam talian dalam bidang Sains, IT, Perniagaan, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Matlamat pemasaran Fuse School adalah untuk meningkatkan kesedaran jenama dan tatapan kandungan sumber pendidikan mereka dalam talian. Mereka menggunakan AdWords Express Ad Grants untuk menyasarkan orang yang mencari bahan pendidikan dan menjana trafik yang berkaitan ke tapak web mereka. Khalayak sasaran mereka ialah pelajar berumur antara 12-16 tahun dan guru serta ibu bapa yang mencari kandungan pendidikan.
Lucy Billings, Pengurus Fuse School, menggunakan data daripada papan pemuka AdWords Express dan laporan Google Analitis untuk membuat keputusan tentang pemasaran dalam talian Fuse School, sambil merujuk dan belajar secara berterusan daripada Pusat Bantuan dalam talian. Data Analitis menunjukkan bahawa pelawat yang pada asalnya mengklik pada iklan AdWords Express kemudian melawati tapak ini, telah melihat lebih 1 halaman lagi secara purata berbanding pelawat daripada sumber lain dan pelawat yang datang kembali telah menyemak imbas 6 halaman.
Sebahagian besar tindakan ini ialah hasil pemahaman yang diperoleh daripada Google Analitis tentang jumlah pelawat yang datang daripada iklan AdWords Express dan menjejaki tingkah laku mereka apabila mereka tiba di tapak web ini. AdWords Express untuk Ad Grants merupakan sumber trafik terbesar ke tapak web mereka apabila kempen dijalankan pada tahun 2016 dan menyumbang 73% daripada pelawat tapak ini. Selain peningkatan dalam lawatan ke tapak, kesan AdWords Express dapat dilihat pada kadar penglibatan pelawat. Sebahagian besar pelawat AdWords Express merupakan pengguna kali pertama tetapi pelawat yang datang semula ke Fuse School untuk melihat lebih banyak kandungan, telah melihat 6 halaman secara purata, menonton tutorial dan mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang ditawarkan.
"Organisasi kami menggunakan Google Analitis dan sumber sokongan dalam talian untuk membantu kami memahami cara memantau matlamat kami dan memastikan kami memanfaatkan AdWords Express sepenuhnya. Kami mengetahui bahawa matlamat kami untuk menghasilkan kandungan yang menarik berjaya dicapai dengan mengukur masa yang diluangkan pelawat di tapak kami!"Lucy Billings, Pengurus Fuse School