The Fred Hollows Foundation

Fred Hollows Foundation menggunakan Ad Grants dan Google Ads berbayar untuk meningkatkan kesan kempen dalam talian.

Matlamat Pemasaran

  • Tingkatkan kesedaran tentang penyakit mata
  • Jana trafik ke tapak web
  • Tingkatkan jumlah sumbangan

Metrik Kejayaan

87K

klik tapak web

Lebih daripada 2K

penukaran

Sepintas Lalu

The Fred Hollows Foundation

Lokasi: Australia www.hollows.org.au

Misi

Fred Hollows Foundation ialah organisasi yang berpangkalan di Australia dengan visi untuk membanteras buta yang boleh dielakkan dan meningkatkan kesihatan kaum Pribumi. Lebih 200 juta orang di seluruh dunia mengalami buta atau cacat penglihatan dan keadaan ini selalunya dapat diatasi dengan melakukan rawatan yang mudah, namun ramai antara mereka tidak mempunyai sumber untuk mendapatkan bantuan yang berkualiti. Yayasan ini memberikan tumpuan kepada penyediaan rawatan yang menyeluruh untuk pelbagai keadaan yang menyebabkan masalah ini dan membantu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan berjuta-juta orang.

Matlamat Pemasaran

Fred Hollows Foundation berhasrat untuk menjadikan kesedaran orang ramai berkaitan kesihatan mata sebagai matlamat pembangunan yang penting. Organisasi ini menggunakan akaun Ad Grants dan Google Ads berbayar untuk meningkatkan kesedaran, mendorong trafik ke tapak web dan acara amal mereka serta meningkatkan jumlah sumbangan dalam talian.

Proses

Fred Hollows Foundation telah memaksimumkan impak pemasaran dalam talian dengan menambahkan akaun Google Ads berbayar yang berasingan selain akaun Ad Grants mereka. Agensi pemasaran digital mereka, Loves Data, menggunakan CPC $2 Ad Grants untuk menyasarkan kata kunci yang kurang kompetitif dan membida lebih tinggi pada kata kunci trafik tinggi yang umum dalam akaun Google Ads berbayar mereka. Akaun Google Ads berbayar ini turut membolehkan Fred Hollows Foundation memanfaatkan ciri yang tidak disediakan kepada Penerima Ad Grants, seperti pemasaran semula dan Rangkaian Paparan Google. Pemasaran semula membolehkan organisasi mencapai pengguna yang melawati tapak web mereka pada detik penting dalam kempen pemasaran akan datang. Fred Hollows Foundation turut mengemas kini kandungan di tapak web berdasarkan kata kunci dengan jumlah carian yang tinggi dalam kedua-dua akaun Google Ads mereka supaya kekal relevan.

Kesan Google Ad Grants

Sepanjang tahun fiskal 2013, akaun Google Ad Grants menyumbang hampir 15% daripada sumbangan dalam talian organisasi ini dan membantu Fred Hollows Foundation mendapatkan sumber untuk menjalankan lebih 4.5 juta pembedahan, prosedur dan rawatan mata. Akaun Ad Grants telah menjana lebih 87,000 klik dan 2,000 penukaran dalam tempoh 12 bulan dan menyediakan platform untuk organisasi ini menguji keberkesanan struktur kempen dan kopi iklan yang berbeza. Fred Hollows Foundation menerapkan pembelajaran daripada akaun Ad Grants pada akaun Google Ads berbayar mereka dan strategi ini membantu mereka memenangi anugerah Badan Amal Terbaik Australia pada tahun 2013.

“Pengurusan akaun yang aktif dan manfaat daripada gabungan kedua-dua platform, iaitu Ad Grants dan Google Ads berbayar, membolehkan kami mencapai impak 5 kali berbanding menggunakan akaun Ad Grants sahaja.”
Aisling Wallace, Ketua Akaun Digital, Loves Data