Federation of Canadian Artists

Ad Grants membantu Federation of Canadian Artists menghubungkan peminat seni dengan pelbagai kursus dan pameran menggunakan AdWords Express.

Matlamat Pemasaran

  • Jana trafik ke tapak web
  • Tingkatkan pendaftaran dalam talian
  • Jana sumbangan

Metrik Kejayaan

70,000

klik ke tapak web

23%

peningkatan aktiviti dalam talian

7%

peningkatan keahlian dalam talian

Sepintas Lalu

Federation of Canadian Artists

Lokasi: Vancouver, Kanada www.artists.ca

Misi

Federation of Canadian Artists (FCA) telah ditubuhkan pada tahun 1941. Organisasi ini diwujudkan khusus untuk meluaskan pengetahuan dan penghayatan seni serta budaya kepada semua rakyat Kanada, menawarkan pendidikan, pameran dan komunikasi dalam Seni Visual, di samping menyokong dan menggalakkan penggiat seni yang sedang meningkat naik serta profesional daripada kalangan ahli.

Matlamat Pemasaran

FCA memberi tumpuan pada peningkatan kesedaran untuk mengembangkan komuniti artis mereka, menggalakkan penglibatan kelas dan pameran daripada orang ramai di Kanada serta mendorong sumbangan. Ad Grants membantu organisasi mencapai matlamat ini dengan meningkatkan trafik ke tapak web mereka, mempromosikan pendaftaran aktiviti dan mendorong sumbangan melalui pendaftaran keahlian dalam talian.

Proses

Untuk mencapai objektif pemasaran FCA, Pengarah Eksekutif FCA, Patrick Meyer, perlu memastikan beliau menghasilkan struktur akaun AdWords Express Ad Grants yang berkesan. AdWords Express menawarkan pelbagai pilihan kepada Patrick. Beliau memilih kategori yang mewakili organisasinya dengan teliti dan sistem tersebut secara automatik menjana senarai istilah carian berkaitan yang akan mencetuskan iklan FCA. Penyasaran lokasi merupakan satu lagi strategi penyasaran AdWords Express yang berkesan, yang dilaksanakan oleh Patrick. Strategi ini digunakan oleh Patrick untuk menyiarkan iklan pameran kepada khalayak antarabangsa, tetapi hanya menyiarkan iklan kelas seni kepada khalayak tempatan yang berada di kawasan dalam jarak yang mampu dikunjungi orang ramai. Patrick dapat memperhalus kempen beliau dengan memantau papan pemuka AdWords Express yang memaparkan frasa carian khusus untuk iklan beliau. Beliau mengenal pasti frasa carian yang mungkin memacu trafik tidak berkaitan ke iklan beliau dan mengalih keluar frasa tersebut.

Kesan Google Ad Grants

AdWords Express membolehkan FCA mencapai khalayak sasaran mereka dengan mudah dan menggalakkan pengunjung baharu melawati tapak web serta mengunjungi galeri mereka. Pada tahun 2015, iklan AdWords Express mereka telah menerima 70,000 klik, pendaftaran dalam talian untuk aktiviti meningkat sebanyak 23% dan pendaftaran penderma tetap meningkat sebanyak 7%. Fungsian AdWords Express yang luwes membolehkan Patrick menyesuaikan dan menyasarkan mesej beliau, namun masih mempunyai pengautomatan yang mencukupi untuk menyelenggara pengurusan akaun yang berterusan. FCA akan terus bergantung pada AdWords Express untuk memenuhi matlamat pemasaran mereka dan memperluas misi organisasi mereka.

“AdWords Express telah terbukti sebagai salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk mencapai khalayak di luar kalangan ahli dan pelanggan semasa kami.”
Patrick Meyer, Pengarah Eksekutif, Federation of Canadian Artists