305k
lawatan ke tapak web dalam tempoh setahun
4,900
sumbangan yang dipacu dalam tempoh setahun
7,400
pendaftaran guru dalam tempoh setahun
DonorsChoose.org merupakan platform terkemuka yang menyalurkan sumbangan kepada sekolah awam. Misi organisasi ini adalah memudahkan orang ramai menghulurkan bantuan kepada bilik darjah yang memerlukan dan membantu untuk memastikan pelajar di setiap komuniti di negara ini mempunyai kelengkapan dan pengalaman yang diperlukan oleh mereka untuk mendapat pendidikan yang terbaik, tanpa mengira status ekonomi komuniti mereka. Para guru di seluruh Amerika menggunakan tapak web ini untuk membuat projek yang meminta sumber yang diperlukan oleh pelajar mereka, dan para penderma memberikan sumbangan kepada projek yang menyentuh hati mereka. Sejak ditubuhkan oleh seorang guru pada tahun 2000, lebih daripada 3 juta orang dan rakan kongsi telah menyumbangkan $760 juta kepada pelbagai projek yang membantu 31 juta orang pelajar, yang kebanyakannya tinggal dalam masyarakat berpendapatan rendah. Tidak seperti kebanyakan platform pembiayaan pendidikan lain, pasukan DonorsChoose.org akan menilai setiap permintaan projek dan menghantar sumber terus kepada pihak sekolah.
Organisasi ini berusaha untuk memastikan belanjawan pemasaran mereka pada tahap minimum dan memanfaatkan Google Ad Grants sebagai cara yang cekap untuk menghubungkan lebih ramai penderma dan guru dengan platform ini. DonorsChoose.org menggunakan Google Ads untuk meningkatkan kesedaran, memacu sumbangan, meningkatkan pendaftaran guru, menarik penyerahan projek guru baharu dan banyak lagi. Yangsin berkata, “Kami melaksanakan penjejakan penukaran untuk mengukur kesan matlamat pemasaran kami. Sebagai pasaran berbilang aspek bagi penderma, guru dan rakan kongsi, saluran pemasaran kami perlu menggambarkan keperluan setiap jenis pengguna. Kami menetapkan matlamat bagi setiap kumpulan dan menentukan metrik penukaran yang paling ingin kami pacu untuk mencapai matlamat tersebut.” Data prestasi iklan Google Ads memberi organisasi ini gambaran yang jelas tentang keperluan bilik darjah guru dan minat penderma.
Selain menjejaki metrik menggunakan ciri penjejakan penukaran dalam Google Ads, DonorsChoose.org juga menggunakan Analitis Google dan Studio Data Google. Yangsin berkata, “Data yang tersedia sangat kaya. Anda boleh mendapatkan data yang terperinci yang anda perlukan untuk lebih memahami pengguna yang melawati tapak web anda.” Organisasi ini menggunakan data daripada papan pemuka Google Ads untuk memastikan metrik akaun atasan mereka melebihi standard industri. Pemantauan yang teliti terhadap data prestasi membolehkan DonorsChoose.org mengoptimumkan akaun mereka dan memastikan akaun Ad Grants mereka dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Tindakan mengukur kekuatan mesej dan seruan tindak dengan melihat data penjejakan penukaran serta gelagat di tapak melalui Analitis Google memberikan cerapan tentang mesej yang berjaya menambat hati khalayak mereka dan membantu mereka merangka mesej seruan yang lebih baik. Data penukaran memberikan cerapan tentang sumber yang paling dicari oleh guru dan jenis mesej yang paling menyentuh hati penderma baharu. “Berbekalkan pengetahuan ini, kami dapat menyesuaikan mesej dalam saluran pemasaran lain agar sepadan dengan mesej yang berkesan dalam Google Ads”, jelas Yangsin.
“Google Ad Grants membolehkan kami berhubung dengan guru, penderma dan rakan kongsi yang ingin membawa perubahan ke bilik darjah di sekolah berdekatan. Melalui Google Ads, kami dapat menjangkau guru yang ingin merealisasikan impian bilik darjah mereka dan berhubung dengan penderma serta rakan kongsi yang mencari cara yang langsung dan bertanggungjawab untuk menyokong pendidikan awam”, jelas Yangsin. Dalam tempoh setahun, akaun Ad Grants organisasi ini berjaya memacu lawatan ke tapak web mereka sebanyak 305k, derma sebanyak 4.9k, pendaftaran guru sebanyak 7.4k, serahan projek guru baharu sebanyak 6.6k dan penyerahan borang hubungi kami sebanyak 1.9k - dengan kadar klikan 8.44%. Pelaksanaan penjejakan penukaran meningkatkan maklumat yang diterima oleh mereka daripada Google Ads dan menambahkan lapisan data tambahan untuk menetapkan matlamat berdasarkan fakta. Yangsin berkata, “Kami telah melihat pertumbuhan dan peningkatan yang berterusan pada matlamat penjejakan penukaran utama, berkat penggunaan Ad Grants secara strategik. Dalam tempoh setahun sahaja, kami telah mengumpulkan sejumlah $497K daripada kira-kira 5,000 sumbangan melalui iklan kami. Kami dapat melihat kesan langsung iklan kami di setiap aspek pasaran kami, daripada guru baharu yang membuat projek bilik darjah pertama mereka, hinggalah kepada penderma terdorong untuk menghulurkan sumbangan. Dengan peruntukan pemasaran kami yang terhad, saya tidak pernah bermimpi untuk melihat hasil seperti ini jika bukan kerana Ad Grants.”
“Google Ad Grants merupakan sebahagian besar daripada strategi pemasaran digital kami di DonorsChoose.org. Google Ads merupakan salah satu saluran pemasaran kami yang paling berkesan, justeru membolehkan kami menjangkau penderma dan guru baharu yang membantu kami menyalurkan bahan dan pengalaman ke kelas di seluruh negara. Iklan ini menunjukkan betapa mudahnya bagi orang ramai untuk menghulurkan sumbangan ke bilik darjah di sekolah berdekatan.”Yangsin Lau Vazquez, Pemasaran Digital dan Pertumbuhan, DonorsChoose.org