$212
nilai derma purata
$5,000
derma dalam tempoh 60 hari
+400
penukaran dalam tempoh 60 hari
Days for Girls meningkatkan akses kepada penjagaan dan pendidikan haid dengan mengembangkan perkongsian global, mendorong perusahaan sosial, menggerakkan sukarelawan dan mencipta penyelesaian mapan yang menyingkirkan stigma dan batasan bagi wanita dan kanak-kanak perempuan. Organisasi ini berjaya menjangkau lebih daripada sejuta wanita dan kanak-kanak perempuan di lebih daripada 120 negara di seluruh dunia.
Organisasi ini bergantung pada akaun Google Ad Grants mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang tujuan mereka dan menjangkau pengguna yang ingin menyokong dan memperkasakan wanita di seluruh dunia. Google Ads juga digunakan untuk mengumpulkan dana, mempromosikan pesanan e-dagang, meningkatkan jumlah panggilan dan memacu langganan e-mel untuk memupuk hubungan penyumbang.
Community Boost Consulting, sebuah agensi pemasaran digital, bertanggungjawab mengurus akaun Ad Grants Days for Girls. Penjejakan penukaran dilaksanakan untuk menjejaki derma, jualan e-dagang, langganan e-mel dan panggilan yang dijana oleh Google Ads. Cameron Ripley, CEO Community Boost Consulting menjelaskan, “Melalui data penukaran, kami dapat mengoptimumkan kempen dan memperuntukkan perbelanjaan dengan lebih cekap kerana kami tahu dengan tepat jenis pertanyaan carian yang membawa kepada tindakan yang bermakna di tapak web organisasi ini. Kami menyediakan matlamat penukaran dalam Analitis Google dan mengimport matlamat tersebut terus ke dalam Google Ads. Ini membolehkan kami mengedit tetapan penukaran untuk matlamat dalam Google Ads.”
Selain itu, Pembidaan Pintar dioptimumkan untuk penukaran dan memaksimumkan belanjawan Ad Grants untuk Days for Girls. Cameron berkata, “Pembidaan Maksimumkan Penukaran sangat berjaya. Strategi pembidaan automatik ini telah membawa kepada jumlah klik tertinggi dan kempen penukaran tertinggi dalam akaun.”
Dalam tempoh 60 hari, Google Ad Grants berjaya menjana 24 derma dalam talian dengan nilai derma purata sebanyak $212 dan menjadikan jumlah derma lebih daripada $5,000. Sepanjang tempoh ini, Google Ads memacu 10,000 lawatan ke tapak web dan lebih daripada 400 penukaran. Google Ads memudahkan Days for Girls meningkatkan kesedaran, manakala iklannya berjaya menjana penyumbang baharu setiap bulan dengan berkesan berkat jangkauan bersasarannya yang luas.
“Terima kasih banyak kepada pasukan Google Ad Grants dan Community Boost pada Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa! Kami bertanya kepada penyumbang yang telah menderma sebanyak $20,000 bagaimana beliau mendapat tahu tentang kami dan beliau berkata bahawa beliau mencari ‘organisasi feminis’ di Google. Iklan Google Ads kami sangat berkesan!”Sandy Clark, Ketua Pegawai Pembangunan, Days For Girls