$17k+
derma yang dikutip melalui Ad Grants dalam tempoh setahun
$400k+
derma yang dikutip melalui Google Ads berbayar dalam tempoh setahun
600+
panggilan daripada Ad Grants dan Google Ads berbayar dalam tempoh setahun
Selama lebih daripada empat dekad, Covenant House telah membantu untuk mengubah dan menyelamatkan nyawa lebih daripada sejuta golongan muda yang menjadi gelandangan, pelarian dan mangsa pemerdagangan manusia. Organisasi ini menawarkan perkhidmatan kediaman dan sokongan kepada golongan muda yang memerlukan - menjangkau lebih daripada 88,000 orang muda setiap tahun. Tempat perlindungan Covenant House di 31 buah bandar di 6 buah negara menyediakan penjagaan krisis serta perkhidmatan jangka panjang untuk membantu golongan belia menerima pendidikan, latihan pekerjaan, kaunseling, rumah sementara dan pelbagai lagi untuk memutuskan kitaran ketiadaan tempat tinggal buat selama-lamanya.
Matlamat pemasaran dalam talian utama Covenant House adalah untuk memastikan semua golongan muda dan semua orang yang prihatin terhadap golongan itu tahu bahawa organisasi ini menyediakan tempat tidur yang selamat, makanan yang sihat dan pasukan yang komited untuk membantu golongan itu berjaya dan mencari kebahagiaan. Organisasi ini memanfaatkan akaun Google Ad Grants mereka terutamanya sebagai alat kesedaran, dengan niat untuk menyampaikan maklumat kepada sesiapa yang mungkin memerlukan perkhidmatan mereka, sesiapa yang berusaha untuk merujukkan seseorang kepada perkhidmatan mereka atau sesiapa yang berminat untuk menyokong kerja yang dilakukan oleh mereka melalui sokongan atau derma.
Covenant House mengupah Revunami, sebuah agensi pemasaran digital, untuk mengurus akaun Ad Grants dan Google Ads berbayar mereka. Walaupun akaun Google Ad Grants merupakan alat yang berharga untuk meningkatkan kesedaran dan untuk berhubung dengan orang yang memerlukan perkhidmatan mereka, organisasi ini melabur dalam akaun Google Ads berbayar untuk kempen pemacu hasil khusus, seperti kempen pemadanan hadiah, Giving Tuesday dan derma akhir tahun.
Akaun Google Ads berbayar membolehkan organisasi ini membida kata kunci satu perkataan dan kata kunci generik, dan mereka mendapati bahawa kata kunci berjenama mereka mengatasi kata kunci lain dari segi penukaran dalam akaun berbayar mereka. Covenant House juga menjalankan iklan video dalam akaun Google Ads berbayar mereka dan mendapati bahawa Pembidaan KSP Sasaran sangat berkesan.
Covenant House menggunakan Analitis untuk mengukur kejayaan kedua-dua akaun Ad Grants dan juga akaun Google Ads berbayar dengan membandingkan jumlah wang yang dibelanjakan oleh mereka setiap bulan dengan jumlah lawatan ke tapak web dan derma yang dihasilkan oleh iklan. Bagi akaun Ad Grants mereka, matlamat utama adalah untuk meningkatkan kesedaran melalui fokus pada trafik tapak web. Tahun lalu, Ad Grants memacu lebih daripada 40,000 pelawat ke tapak web mereka. Pada masa yang sama, fokus akaun Google Ads berbayar mereka adalah untuk memacu derma. Organisasi ini menjejaki derma pada kedua-dua akaun dan dalam tempoh setahun, akaun Ad Grants telah memacu derma sebanyak lebih daripada $17,000 dan akaun Google Ads berbayar memacu lebih daripada $415,000. ROI yang tinggi bagi akaun Google Ads berbayar telah menambah nilai yang besar pada usaha pemasaran dalam talian mereka. Kira berkata, “Kami menganggap Ad Grants dan Google Ads berbayar sebagai alatan yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran tentang Covenant House dan misinya, menjana prospek dan meningkatkan hasil. Pada tahun 2018, gabungan Google Ads berbayar dan Ad Grants menyumbang 20% daripada jumlah keseluruhan hasil dalam talian kami.”
“Kami menganggap Ad Grants dan Google Ads berbayar sebagai alatan yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran tentang Covenant House dan misinya, menjana prospek dan meningkatkan hasil. Pada tahun 2018, gabungan Google Ads berbayar dan Ad Grants menyumbang 20% daripada jumlah keseluruhan hasil dalam talian kami.”Kira Girin, Pengarah Pungutan Derma Digital, Covenant House