646%
peningkatan derma dalam talian
Sehingga 5,000
lebih ramai pengunjung sebulan
Sehingga 300,000
tatapan halaman sebulan
Caritasverband Frankfurt e. V. (Caritas Association Frankfurt) telah ditubuhkan pada tahun 1901 dan menyediakan perkhidmatan di keseluruhan kawasan metropolitan Frankfurt sebagai organisasi amal Gereja Katolik. Seramai 1,600 pekerja dan kira-kira 2,000 sukarelawan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan sosial dan bantuan kepada orang yang memerlukan melalui lebih 100 kemudahan dan perkhidmatan.
Caritasverband Frankfurt komited kepada masyarakat penyayang dan berasaskan perpaduan serta mahu meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap golongan miskin dan yang kurang bernasib baik. Organisasi amal ini bergantung pada derma dalam talian untuk membiayai kerja amalnya. Google Ad Grants membantu organisasi bukan untung ini menaikkan profil, menarik lebih ramai pelawat ke tapak web, menarik perhatian kepada bidang aktiviti dan meningkatkan jumlah derma dalam talian organisasi ini.
Melalui penggunaan kaedah penyasaran, Caritas menggunakan belanjawan pengiklanan yang disediakan oleh Google Ad Grants untuk menggalakkan derma dalam talian dan mengiklankan peluang pekerjaan. Penggunaan kempen Ad Grants yang disasarkan membolehkan persatuan ini mencapai orang ramai yang ingin membantu golongan yang memerlukan dan orang ramai yang mencari pekerjaan, tepat pada masanya, serta berjaya meyakinkan mereka untuk menderma atau memohon pekerjaan.
"Tugas menjana derma dalam talian ini bukan kerja yang mudah," terang Pengurus Pemasaran, Christopher Franz. "Kami bernasib baik kerana telah lama menyertai program Google Ad Grants. Dengan cara ini, kami telah dapat meningkatkan kebolehcarian kami di Internet selain meningkatkan hasil derma dalam talian kami dengan ketara." Ad Grants telah dapat membantu organisasi ini dengan cepat. "Apabila ramai pelarian tiba di Frankfurt pada penghujung tahun 2015 dan memerlukan bantuan segera, kami memulakan kempen mengutip derma yang bersesuaian melalui Google", cerita Franz. "Jadi kami tampil dengan mesej yang betul, tepat pada masanya serta melalui saluran yang betul. Kami berjaya menghasilkan sumber yang besar dalam masa yang singkat." Berbanding tahun 2010, Caritas telah berjaya meningkatkan derma dalam talian sebanyak 646% pada tahun 2015 dan mempublisitikan kerja amal organisasi ini dengan lebih berkesan. Selain Google Ad Grants, organisasi ini merancang untuk memanfaatkan alatan Google yang lain pada masa hadapan untuk menarik lebih banyak perhatian kepada masalah dan meningkatkan kemurahan hati orang ramai.
“Kami dapat mempromosikan peluang untuk menderma secara dalam talian menggunakan program Google Ad Grants. Sejak itu, kami telah meningkatkan pendapatan melalui derma kami dengan ketara. Peningkatan yang paling ketara dapat dilihat di bahagian ‘Help for Refugees’.”Michaela Jacobsohn, Pengurusan Pengumpulan Dana dan Derma