Barnardos

Barnardos mengoptimumkan akaun Ad Grants mereka menggunakan kata kunci dan sambungan iklan untuk mencapai kadar penukaran yang tinggi.

Matlamat Pemasaran

  • Kekalkan CTR 1% ke atas
  • Tingkatkan derma dan penukaran pendaftaran e-mel
  • Tingkatkan tera dan tangkap trafik berkaitan kanak-kanak bukan jenama

Metrik Kejayaan

2.57%

CTR dicapai

366%

peningkatan kadar penukaran

350%

peningkatan tera tapak web

Sepintas Lalu

Barnardos

Lokasi: Dublin, Ireland www.barnardos.ie

Misi

Barnardos merupakan antara badan amal kanak-kanak yang terkemuka di Ireland, yang mengurus lebih daripada 40 pusat di kawasan setempat untuk menyediakan sumber yang bermanfaat kepada kanak-kanak dalam komuniti yang kurang bernasib baik. Organisasi ini berusaha untuk membantu kanak-kanak membesar dan berkembang dalam persekitaran pengasuhan yang selamat untuk meningkatkan kesejahteraan emosi mereka dan meningkatkan pembelajaran serta perkembangan mereka. Barnardos memahami cara sesebuah keluarga dan komuniti boleh mempengaruhi didikan kanak-kanak dan bekerjasama secara aktif dengan kumpulan sokongan kanak-kanak untuk mencapai matlamat mereka untuk "menjadikan Ireland tempat terbaik di dunia untuk kanak-kanak".

Matlamat Pemasaran

Barnardos bergantung pada sukarelawan dan derma untuk menyokong organisasi mereka. Untuk mempertingkatkan prestasi dan menjangkau lebih ramai kanak-kanak, Barnardos mahu menjana trafik yang lebih tinggi ke tapak web dan mendapatkan istilah carian am berkaitan kanak-kanak yang tidak khusus jenama. Mereka juga mahu menjadikan organisasi mereka lebih mudah diakses dengan menyerlahkan halaman tertentu di tapak web dan berkongsi lokasi serta nombor telefon mereka. Mereka berharap dapat menyasarkan khalayak tertentu dan meningkatkan prestasi keseluruhan dengan menggunakan gabungan kata kunci dan sambungan iklan yang betul.

Proses

Pada tahun 2013, Jean O'Brien, Eksekutif Dalam Talian di Barnardos bekerjasama dengan pakar pengiklanan dalam talian dan mendapati bahawa kata kunci organisasi itu dipadankan dengan carian yang tidak berkaitan. Jean menggunakan pengubah suai padanan am, padanan ungkapan dan padanan tepat untuk memperhalus senarai kata kunci Barnardos bagi memilih istilah yang berkaitan dan mengawal istilah yang mencetuskan pemaparan iklan mereka dengan lebih berkesan. Apabila kata kunci dihimpunkan dalam kumpulan dan kempen iklan yang betul, Jean menambahkan Pautan Tapak, Sambungan Panggilan dan Sambungan Lokasi untuk melengkapi iklan dan berkongsi maklumat tambahan tanpa peningkatan kos.

Kesan Google Ad Grants

Usaha Jean untuk menambah baik akaun Google Ads Barnardos telah memberikan kesan langsung terhadap prestasi kata kunci, derma dan pendaftaran dalam talian. Barnardos melaporkan mereka merekodkan kadar penukaran tertinggi sebanyak 9.5% dan mengatasi platform pemasaran dalam talian mereka yang lain. Jean juga dengan bangganya berkongsi bahawa pada masa ini Google Ads memacu 15% daripada semua pendaftaran e-mel dan 17% daripada semua sumbangan dalam talian. Sejak memulakan pengiklanan menggunakan Google Ad Grants pada tahun 2007, mereka telah menyaksikan pertumbuhan berterusan dalam kesedaran jenama dan pada masa ini Google Ads memacu 28% daripada semua kunjungan halaman tapak web. Mereka terus menawarkan khidmat kepada kanak-kanak di Ireland dan terhutang budi kepada Google Ad Grants kerana menyediakan cara untuk mereka mengiklan dalam talian.

“Jika bukan kerana Google Ad Grants, kami tidak akan mampu menggunakan pengiklanan dalam talian dan memperoleh keputusan tekal yang ketara.”
Jean O’Brien, Eksekutif Dalam Talian, Barnardos