AmpleHarvest.org

Google Ad Grants membantu AmpleHarvest.org menghubungkan pekebun dengan pantri setempat dan mendidik berpuluh-puluh juta orang di seluruh negara tanpa menggunakan belanjawan pemasaran.

Matlamat Pemasaran

  • Menghubungkan pekebun dengan pantri setempat
  • Memacu sumbangan
  • Menarik tajaan korporat

Metrik Kejayaan

+58%

pendaftaran pada separuh kos tahun demi tahun

8,400

pendaftaran pantri makanan

Sepintas Lalu

AmpleHarvest.org

Lokasi: AS www.ampleharvest.org

Misi

AmpleHarvest.org yang ditubuhkan pada tahun 2009 membayangkan Amerika yang mempunyai jutaan pekebun yang mampu menghapuskan pembaziran makanan, kekurangan zat makanan dan kebuluran dalam komuniti mereka sendiri melalui penyumberan makanan setempat. Organisasi ini menghubungkan 42 juta rakyat Amerika yang menghasilkan 11 bilion paun lebihan makanan dari kebun mereka setiap tahun dengan pantri makanan setempat untuk memberikan makanan kepada orang yang memerlukan dan mencegah pembaziran makanan.

Matlamat Pemasaran

AmpleHarvest.org bergantung pada akaun Google Ad Grants mereka sebagai kaedah pemasaran utama. Tanpa peruntukan belanjawan pemasaran dan pengalaman pemasaran dalam talian, Ad Grants membolehkan organisasi ini menjangkau individu dan pekebun komuniti untuk mendidik mereka tentang cara berkongsi hasil pertanian mereka dengan pantri makanan. Organisasi ini bergantung pada Ad Grants untuk meraih sumbangan individu dan tajaan korporat supaya mereka dapat mencapai matlamat organisasi mereka, iaitu menyalurkan makanan segar ke separuh daripada pantri makanan yang terdapat di dalam negara.

Pendekatan

Gary Oppenheimer, Pengasas AmpleHarvest.org menjelaskan, “Kami menjejaki kesan akaun Ad Grants kami dengan mengimport matlamat Analitis Google ke kempen kami. Data penukaran memberi kami panduan untuk membuat keputusan pemasaran digital kerana kami dapat melihat dengan mudah perkara yang berlaku selepas seseorang mengklik iklan kami. Kami berasa terkejut dan gembira apabila melihat betapa cepatnya kami dapat mula menerima data yang boleh diambil tindakan.” Penukaran meningkat sebanyak enam kali ganda dalam tempoh 4 tahun sejak melaksanakan Analitis. AmpleHarvest.org juga menggunakan Analitis Google untuk mengenal pasti halaman tapak web mereka yang paling berkesan dan memperbaikinya dengan ujian A/B Google Optimize.

Kesan Google Ad Grants

Kempen Google Ads AmpleHarvest.org telah memacu lebih daripada 2 juta lawatan ke tapak web dan lebih daripada 200,000 penukaran sejak menyertai program ini pada tahun 2009. Ad Grants membolehkan organisasi ini mendidik, menggalakkan dan membolehkan sumbangan makanan pada skala yang besar dan AmpleHarvest.org telah menerima lebih daripada 8,400 (25% daripada jumlah seluruh negara) pendaftaran pantri makanan sejak melancarkan kempen Google Ads mereka. Gary Oppenheimer berkata, “Alatan penjejakan Google sangat berharga buat organisasi kami. Tanpa alatan tersebut, mustahil bagi kami untuk mendapat metrik dan cerapan yang begitu terperinci. Alatan tersebut telah membolehkan kami menjangkau lebih ramai pekebun yang sedia berkongsi hasil tamanan mereka dengan orang yang memerlukan. Kami amat bersyukur kerana mempunyai akses kepada alatan hebat yang sentiasa berkembang ini.”

“Ad Grants telah menjadi rakan penting sejak AmpleHarvest.org dilancarkan. 1,000 pantri makanan di seluruh negara telah mendaftar untuk menerima hasil tanaman segar setempat dalam tempoh 150 hari dari tarikh pelancaran iklan kami disebabkan oleh capaian yang meluas dan keberkesanan Google Ads.”
Gary Oppenheimer, Pengasas, AmpleHarvest.org