American Humane

American Humane menggunakan data penjejakan penukaran Google Ads untuk mempengaruhi pembangunan kandungan tapak web dan memacu usaha pemasaran tertumpu yang menghasilkan penukaran.

Matlamat Pemasaran

  • Meningkatkan sumbangan
  • Mendorong pendaftaran surat berita
  • Meningkatkan permohonan anjing pembantu

Metrik Kejayaan

+600

permohonan anjing pembantu dalam setahun

+100,000

tatapan halaman dalam setahun

197%

kadar penukaran

Sepintas Lalu

American Humane

Lokasi: AS www.americanhumane.org

Misi

American Humane yang ditubuhkan pada tahun 1877, iaitu kumpulan kemanusiaan kebangsaan pertama di negara ini, merupakan daya penggerak di sebalik hampir setiap usaha "pertama" dalam menyelamat dan melindungi makhluk yang ditinggalkan, cedera dan lemah. Kini, program American Humane meningkatkan dan menyelamatkan nyawa lebih satu bilion makhluk bernyawa secara langsung di negara-negara seluruh dunia.

Matlamat Pemasaran

American Humane menggunakan Google Ad Grants untuk meningkatkan pendedahan organisasi tersebut dan mendidik orang ramai tentang kerja yang dilakukan oleh mereka dalam bidang kebajikan haiwan. Akshay Khullar, Pembangun Bahagian Hadapan, berkata, “Kami memanfaatkan Google Ads untuk mendorong sumbangan, pendaftaran surat berita, permohonan untuk anjing pembantu dan tatapan halaman utama.”

Pendekatan

American Humane melaksanakan penjejakan penukaran menggunakan Pengurus Teg Google untuk menjejak kesan Google Ads mereka dan memahami cara pengguna berinteraksi dengan kandungan mereka. Akshay menjelaskan, "Kami menggunakan data penjejakan penukaran untuk memahami bahagian tapak web dan program kami yang mendapat perhatian terbanyak, untuk membantu kami menentukan 'pencapaian yang paling mudah'. Data tersebut memaklumkan program kurang popular yang perlu kami tumpukan pamasarannya.”

Penjejakan penukaran menyediakan data penting yang mempengaruhi keputusan pemasaran dan pembangunan kandungan. "Kami tahu bahawa bagi setiap permohonan untuk mendapatkan anjing pembantu, pengguna melawati halaman tersebut dua kali sebelum mengemukakan permohonan mereka. Kami mempunyai pelbagai data hebat yang boleh digunakan untuk membantu kami meningkatkan pengalaman pengguna dan akhirnya meningkatkan program kami," kata Akshay.

Selain penjejakan penukaran, pelaksanaan strategi bida Maksimumkan Penukaran membolehkan American Humane memanfaatkan akaun Ad Grants mereka sepenuhnya. Akshay menjelaskan, "Kami melaksanakan Maksimumkan Penukaran untuk membida lebih tinggi daripada had pembidaan manual program tersebut, mengoptimumkan strategi bida kami dan membantu untuk mendapatkan penukaran paling tinggi bagi kempen kami. Kami percaya bahawa kami mendapat pengguna yang paling berharga di tapak web kami dan kami dapat melihat mereka berinteraksi dengan kandungan kami menggunakan cara yang telah kami tetapkan nilainya."

Kesan Google Ad Grants

Google Ad Grants telah meningkatkan keterlihatan organisasi dengan ketara dan memaparkan terus kandungan mereka kepada pengguna yang mencari program yang disediakan oleh mereka. Penjejakan penukaran membolehkan American Humane menetapkan matlamat yang boleh diukur dalam akaun Ad Grants mereka dan menjejaknya dengan mudah, melalui cerapan tentang bilangan pengguna yang memilih untuk melanggan surat berita organisasi, menderma dan pelbagai lagi.

Akshay berkata, "Terima kasih kepada Google Ad Grants, program penyelamat nyawa kami telah dipaparkan dalam lebih satu juta iklan Carian dalam setahun, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Amerika mengetahui cara kami dapat membantu apabila berlaku bencana." Dalam masa setahun, Google Ads mendorong lebih 1,000 orang baharu untuk menderma atau mendaftar untuk menjadi sukarelawan dan lebih 600 orang telah melengkapkan permohonan anjing pembantu.

“Penjejakan penukaran Google Ads menyediakan pelbagai data yang benar-benar hebat yang boleh digunakan untuk membantu kami meningkatkan pengalaman pengguna dan seterusnya meningkatkan program kami.”
Akshay Khullar, Pembangun Bahagian Hadapan, American Humane