5x
nilai derma purata
89%
pengurangan kos setiap penukaran
$15k
derma yang dikumpul sepanjang 90 hari
Sebagai sebuah organisasi yang telah menaja 51,000 orang sukarelawan untuk bekerja lebih daripada sejuta jam, All Hands and Hearts bergantung pada sumbangan amal untuk membiayai perjalanan bantuan ke komuniti di seluruh dunia yang sedang berusaha untuk pulih daripada bencana alam. Pada bulan September 2018, Taufan Florence telah mengakibatkan banjir besar di Carolina Utara dan Selatan di Amerika Utara. Tanpa berlengah, organisasi ini bertindak pantas mengumpulkan lebih $450,000 daripada 1,000 orang penderma secara dalam talian.
All Hands and Hearts perlu mengumpulkan dana dengan cepat dan ingin menggunakan pembidaan automatik Google Ads untuk meningkatkan nilai penukaran dan khalayak kempen pengumpulan dana mereka. Orang ramai yang prihatin melakukan carian Google untuk mencari cara membantu mereka yang terjejas akibat Taufan Florence, oleh itu organisasi ini perlu berada di kedudukan teratas dalam hasil carian untuk meningkatkan jumlah carian. Untuk menggunakan strategi pembidaan Maksimumkan Penukaran, All Hands and Hearts perlu memasang penjejakan penukaran pada alat pengumpulan dana Classy.org mereka.
Classy.org menawarkan cara yang tidak memerlukan kod untuk menjejaki keberkesanan pengiklanan melalui Analitis Google dan Google Ads. All Hands and Hearts dinasihatkan oleh Community Boost Consulting supaya memasang alat penjejakan penukaran khusus transaksi pada Classy.org sebagai langkah permulaan. Sebaik sahaja organisasi ini menjejaki setiap derma unik dalam talian, mereka boleh mula melatih akaun Ad Grants mereka untuk menarik lebih ramai penderma dan penderma bernilai lebih tinggi di dalam talian. Langkah mereka yang seterusnya adalah mendayakan strategi pembidaan Maksimumkan Penukaran pada kedua-dua kempen mereka - kempen istilah carian berjenama dan juga kempen Taufan Florence.
All Hands and Hearts menjalankan satu kempen untuk Taufan Florence menggunakan strategi pembidaan Maksimumkan Klik dan satu lagi kempen menggunakan Maksimumkan Penukaran. Kedua-dua kempen menjejaki nilai derma bagi setiap penukaran melalui platform pengumpulan dana Classy.org. Kempen yang menggunakan Maksimumkan Penukaran berjaya mengumpul 39% lebih banyak dana, dengan hanya 11% daripada kos setiap penukaran berbanding kempen lain. Nilai derma purata bagi kempen yang menggunakan Maksimumkan Penukaran adalah lima kali lebih tinggi berbanding kempen yang menggunakan Maksimumkan Klik. Di samping itu, sepanjang tempoh 90 hari sejak All Hands and Hearts mula menjejaki nilai derma dan menggunakan pembidaan automatik, semua kempen menyaksikan peningkatan penukaran sebanyak 109%. Kadar penukaran semua kempen meningkat daripada 6.1% kepada 10.3%, dan All Hands and Hearts telah berjaya mengumpulkan $15,000 daripada lawatan yang dipacu oleh Google Ad Grants.
Pembidaan automatik berasaskan penukaran telah membantu All Hands and Hearts mengumpul dana dengan cepat dan berkesan untuk mangsa Taufan Florence. Pembidaan jenis ini juga telah digunakan oleh organisasi bukan untung lain untuk menjimatkan masa dan belanjawan dalam akaun Ad Grants mereka. Cameron Ripley, CEO Community Boost Consulting, berkata: “Penggunaan Maksimumkan Penukaran telah meningkatkan hasil dengan begitu ketara bagi lebih daripada 100 akaun Google Ad Grants organisasi bukan untung di Community Boost. Kadangkala fikiran saya melayang memikirkan betapa banyaknya nyawa yang dapat diselamatkan atau diperkayakan melalui taktik pemasaran yang menakjubkan ini.” Untuk bermula dengan akaun Ad Grants anda sendiri, ikut langkah dalam Panduan Penjejakan Penukaran Ad Grants. Jika anda menggunakan Classy.org sebagai pemproses bayaran derma anda, langkah untuk menjejaki derma boleh didapati di sini.
“Pemasar digital untuk organisasi bukan untung biasanya mempunyai pelbagai peranan dan tanggungjawab dan beroperasi dengan pasukan yang terhad. Ini bermakna tugas pakar analisis digital selalunya sangat sukar. Dengan integrasi Classy.org dan Google, kami dapat melihat keberkesanan kempen pemasaran kami dengan lebih baik dan dapat melihat wawasan untuk masa depan.”Huan Song, Pengurus Saluran Digital di All Hands and Hearts