Berkenalan dengan Penerima Ad Grants kami yang gembira.

Ketahui cara Google Ad Grants membantu organisasi bukan untung di seluruh dunia memacu kesedaran, menarik derma, membawa masuk sukarelawan dan bermacam-macam lagi.

Covenant House

Menawarkan perkhidmatan kediaman dan sokongan kepada golongan muda yang memerlukan.

American Cancer Society

Membiayai dan menjalankan penyelidikan barah untuk menyelamatkan nyawa.

Habitat For Humanity

Bekerjasama dengan pembeli rumah, penderma dan sukarelawan untuk membina rumah yang selamat, mampu milik dan cekap tenaga untuk mereka yang memerlukan.

DonorsChoose.org

Menghubungkan orang ramai dengan sekolah awam. Memudahkan orang ramai membantu bilik darjah yang memerlukan bantuan.

All Hands and Hearts

Membantu kanak-kanak dan keluarga pulih daripada kesan bencana alam – satu rumah, satu sekolah, satu komuniti, satu demi satu.

DoSomething.org

Menggerakkan golongan muda di 131 negara untuk menghulurkan sumbangan kepada usaha murni yang menarik minat mereka.

Samaritans

Meringankan tekanan emosi dan mengurangkan insidens perasaan serta tingkah laku bunuh diri melalui pelbagai tawaran sokongan 24 jam sehari .

AmpleHarvest.org

Mendidik, menggalakkan dan memperkasakan petani untuk berkongsi hasil tanaman mereka yang berlebihan dengan golongan yang memerlukan.

American Humane

Memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

To Write Love On Her Arms

Memberikan harapan dan mencari bantuan untuk mereka yang bergelut dengan kemurungan, ketagihan, kecederaan diri dan fikiran bunuh diri.

Days For Girls

Mencipta dunia yang membolehkan semua orang menikmati maruah, kesihatan dan peluang.

Moms In Prayer International

Menghubungkan ibu-ibu yang penyayang serta berdedikasi dengan komuniti yang penuh belas.

The Houston Food Bank

Menerajui usaha membanteras masalah kelaparan. Mengisi pantri dan mengisi kehidupan.

The SPCA of Texas

Menyelamatkan, memulihkan dan mencari keluarga baharu untuk haiwan.

Science Buddies

Menghubungkan berjuta-juta pelajar, guru dan ibu bapa dengan pendidikan sains yang inovatif.

Elder Wisdom Circle

Memadankan mereka yang ingin mendapatkan nasihat dengan rangkaian warga emas yang memberikan nasihat berdasarkan pengalaman hidup mereka sendiri.

Travel to Impact

Memupuk kepimpinan belia dan pemahaman budaya dengan latihan amali di luar negara untuk pelajar universiti di Afrika Selatan.

Barnardos

Berusaha untuk mempertingkatkan peluang yang diberikan kepada kanak-kanak dalam masyarakat yang kurang bernasib baik di Ireland.

Kiwis for kiwi

Membantu organisasi dan kumpulan masyarakat tempatan berusaha untuk melindungi burung kiwi yang unik.

GlobalGiving

Menghubungkan dermawan dengan usahawan sosial dan organisasi bukan untung dari seluruh dunia.

SOS Children’s Villages of India

Membantu kanak-kanak di India yang yatim piatu, terbiar atau yang tidak mampu dijaga oleh keluarga mereka.

MAD

Menyediakan peluang pendidikan dan kerjaya kepada kanak-kanak yang tinggal di rumah anak yatim dan pusat perlindungan di India.

The Fred Hollows Foundation

Berusaha untuk membanteras buta yang boleh dielakkan dan mempertingkatkan kesihatan pribumi di Australia.

Singapore International Foundation

Menyatukan orang ramai untuk berkongsi idea, kemahiran dan sumber untuk melaksanakan perubahan yang bermakna.

Federation of Canadian Artists

Memperluas pengetahuan dan penghayatan seni serta budaya kepada semua rakyat Kanada.

Mutirão no Bem

Menyokong keluarga dalam komuniti yang terdapat kerentanan sosial dengan memberi tumpuan kepada pembangunan peribadi golongan remaja.

Fuse School

Menyediakan pendidikan percuma untuk semua orang melalui kursus dalam talian dalam bidang Sains, IT, Perniagaan, Matematik dan bahasa Inggeris.

We Care Animal Rescue

Menggalakkan kebajikan haiwan dengan menjaga kucing dan anjing yang tiada tempat tinggal, mencari tempat tinggal untuk haiwan ini dan mendidik orang ramai tentang kebajikan haiwan di Lembah Napa.

Caritas

Komited kepada masyarakat bandar yang penyayang dan berasaskan perpaduan tanpa mengecualikan golongan yang kurang bernasib baik untuk membolehkan orang ramai menjalani hidup bermaruah.

Kongsi cerita anda

Sudahkan organisasi bukan untung anda menggunakan Google Ad Grants untuk memperluas misi anda? Kongsi cerita anda dengan kami dan kami mungkin menampilkan cerita anda di sini. Serahkan cerita anda